Bola Disepak Ronaldo Tak Masuk Gol, Terkena Dahi Jurukamera Sehingga Benjol

20 Sep 2023 • 11:44 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo sekali lagi membawa kemenangan keempat kepada pasukannya, Al Nassr dalam Liga Pro Saudi yang keenam dengan skor 3-1.

image is not available

Namun begitu, tidak semua cubaan Ronaldo masuk tepat ke dalam gawang gol sewaktu perlawanan menentang Al Raed pada Sabtu yang lalu.

Ronaldo cuba untuk memecahkan benteng pertahanan enam orang pemain Al Raed namun cubaan lencongannya gagal dan tersasar dari gawang.

image is not available

Cubaan yang gagal itu akhirnya menyebabkan bola terkena kepala salah seorang jurukamera yang sedang merakam aksi tersebut 10 ela dari gawang gol.

Menerusi video dimuat naik akaun @YNWAVVD di X, ketika Ronaldo sedang membuat sepakan itu, jurukamera bertugas sedang merakam momen berkenaan.

Namun, sudah tentu dia tidak menyangka bola yang ditendang Ronaldo akan terkena kepalanya. Walaupun jurukamera itu hampir terjatuh, namun berjaya berdiri walaupun sedikit terhuyung-hayang.

image is not available

Selepas terkena bola itu, beberapa individu berdekatan dengan jurukamer terbabit berlari kearahnya untuk memastikan keselamatannya selain tidak terkecuali penonton yang terkejut melihat insiden berkenaan.

image is not available

Untuk rekod, gol kemenangan Al Nassr melawan Al Raed pada Sabtu lalu dijaringkan oleh Sadio Mane, Anderson Talisca dan Ronaldo.

Sumber: X @YNWAVVD