Bola Keranjang Tanpa Udara Kini Dijual Pada Harga Hampir RM12,000

TechnologyDigital
19 Feb 2024 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bola yang digunakan dalam sukan bola sepak, bola keranjang, bola baling dan pelbagai lagi mempunyai kekurangan di mana ia perlu dipam dengan kerap. Jika kekurangan angin, ia tidak boleh digunakan dengan baik oleh atlet. Untuk menyelesaikan isu ini, Wilson telah membangunkan beberapa prototaip bola keranjang tanpa angin. Mereka kini sedia menawarkannya kepada pembeli yang berminat pada harga $2500 (~RM11,955) sebiji.

image is not available

Bola keranjang Wilson Airless Gen1 kelihatan seperti biasa cuma mempunyai ratusan lubang pada permukaannya. Ia dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D. Walaupun tidak berangin, Wilson berkata ia memberikan pengalaman pantulan yang sama seperti bola konvensional. Beberapa prototaip untuk Airless Gen1 telah digunakan dalam permainan All Star liga NBA sebelum ini.

Harga jualan yang tinggi dikenakan kerana ia turut akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad iaitu 75 berwarna hitam, 50 berwarna coklat dan 25 berwarna putih.

  • Sumber
  • Wilson