‘Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan’, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat

2 Sep 2023 • 5:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga perkataan sensitif perlu dipatuhi semasa dalam pesawat

Boleh Dianggap Ancaman Keselamatan, Individu Kongsi Tiga Perkataan Sensitif Ketika Berada Dalam Pesawat. Kapal terbang atau pesawat merupakan tempat yang berisiko tinggi terutamanya ketika sedang berada di udara. Bahkan, mempunyai banyak peraturan ketat yang mesti dipatuhi penumpang.

Menurut sumber, sekiranya penumpang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, penerbangan mungkin ditangguhkan atau dibatalkan serta-merta demi keselamatan semua penumpang.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: liane

Seperti yang diketahui umum, sebelum ini kecoh mengenai seorang penumpang lelaki didaka menyebut tentang bom sehingga keseluruhan pesawat Malaysia Airlines MH122 menjadi panik.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella memuat naik tiga perkataan sensitif yang tidak boleh disebut ketika berada di dalam pesawat.

Tiga perkataan yang diharamkan di dalam kapal terbang

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok itu, Zarul menyatakan bahawa tiga perkataan sensitif itu adalah bom, hijack (rampasan) dan apa-apa senjata berbahaya yang boleh dianggap sebagai satu ancaman di dalam pesawat tersebut.

“Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan. Jangan sesekali buat main dengan perkataan bom walaupun anda hanya melawak, anda hanya mahu punchline untuk buat lawak.

image is not available
Sumber: tiktok

“Kedua, perkataan saya ada pisau. Aku ada pistol. Aku ada parang pun tak boleh. Ianya sama level juga dengan perkataan bom itu tadi,” ujar Zarul menerusi video TikTok tersebut.

“Ketiga ialah hijack (rampasan). Saya nak rampas kapal terbang ni, kerana anda lambat bagi saya nasi lemak. Walaupun anda hanya bergurau, perkara itu pun tidak boleh.

@zarulumbrellaofficial

Ada 3 perkataan yg perlu dielakkan dlm flight, kalau tak…

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Pesawat akan berpatah balik

Bukan itu sahaja, Zarul turut berkata, penumpang yang ditangkap berbuat demikian akan dikeluarkan dari pesawat sebaik pesawat berpatah balik semula ke lapangan terbang.

Baca juga artikel yang berkaitan: