Boleh Dikenakan Saman Dan Penjara, Letak Telefon Bimbit Di Riba Sambil Memandu Juga Kesalahan Jalan Raya

25 Jun 2023 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seeloknya letaklah telefon bimbit pada phone holder

Boleh Dikenakan Saman Dan Penjara, Letak Telefon Bimbit Di Riba Sambil Memandu Juga Kesalahan Jalan Raya. Adakah anda salah seorang dari mereka yang suka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta?

Jika ya, anda perlu berhati-hati kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan anda didenda dan dipenjara.

image is not available
Boleh Dikenakan Saman Dan Penjara, Letak Telefon Bimbit Di Riba Sambil Memandu Juga Kesalahan Jalan Raya

Pemandu juga tidak boleh menggunakan telefon ketika lampu isyarat berwarna merah.

Meletakkan telefon bimbit di riba sambil memandu adalah satu kesalahan jalan raya. Kesalahan ini boleh menyebabkan pemandu dikenakan denda RM1,000 atau penjara maksimum selama 3 bulan.

Sekiranya pemandu melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, dia boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Hal ini boleh mengundang bahaya, memandangkan pemandu akan mengalihkan mata dari jalan untuk beberapa saat dalam menyemak jalan pada peranti.

Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Sofian Santong, pemandu yang perlu menggunakan aplikasi navigasi semasa memandu perlu meletakkan telefon bimbitnya di tempat yang sesuai seperti pemegang telefon (phone holder).

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: