Memandu Sambil Letak Telefon Di Riba Boleh Disaman Sehingga RM1000

TechnologyDigitalCars
24 Jun 2023 • 10:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui laporan TheStar, ia dilihat yang mana memandu sambil meletakkan telefon di riba boleh membuatkan pemandu disaman sehingga RM1000. Hal ini kerana ia berbahaya, memandangkan pemandu akan mengalihkan mata dari jalan untuk beberapa saat dalam menyemak jalan pada peranti.

Sebaliknya, para pemandu diminta menggunakan pemegang peranti pada kereta dalam memastikan mata sentiasa memandang jalan raya.

image is not available

Selain meletakkan di riba, pemandu juga dinasihatkan tidak menggunakan telefon ketika berhenti di lampu isyarat merah. Ini juga akan menganggu pemanduan, dan membuatkan trafik kadang-kala terganggu apabila pengguna tidak sedar akan perubahan lampu isyarat atau situasi di jalan raya.

Seperti ramai sedia maklum, sesiapa yang didapati bersalah menggunakan peranti ketika memandu akan perlu menghadapkan diri ke mahkamah – yang membawa kepada denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 3 bulan untuk kesalahan pertama.