“Boleh Eh Buat Lawak Macam Tu? Tak Malu Ke?” – Netizen ‘Sakit Telinga’ Shuib Melawak Isu PERKESO

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 10:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, dialog Shuib ketika berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa marah dalam kalangan netizen.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu mempertikai tindakan pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu kerana menjadikan isu PERKESO sebagai satu bahan jenaka.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengecam tindakan pelawak itu.

image is not available

image is not available

Malah ada juga yang mengecam para penonton yang terhibur mendengar lawak itu kerana isu tersebut merupakan isu sensitif melibatkan kebajikan para pekerja.

image is not available

image is not available

Terdahulu, syarikat pengeluar air minuman, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dijatuhi denda berjumlah RM17,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

image is not available 1 week ago

"Itu Namanya Aniaya Orang, Bukan Ujian" - Netizen Pertikai Shuib Sifatkan Kes Tak Bayar Caruman Sebagai Asam Garam Perniagaan