
Pelawak terkenal Shuib menjadi bualan hangat selepas dialognya di pentas Muzikal Lawak Superstar 4(MLS4) mengundang kecaman netizen. Dah kenapa tu?
Kalau korang tengok MLS4, lawaknya yang menyentuh isu caruman PERKESO dianggap tidak sensitif, tambah lagi apabila isu ini melibatkan kebajikan pekerja.
Netizen tak puas hati dengan lawak Shuib
Shuib ni dah la tak bayar caruman perkeso, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke? pic.twitter.com/riXLPXGWjy
Menerusi hantaran di platform X, @twtbiy mempersoalkan tindakan Shuib yang menjadikan isu tersebut sebagai bahan jenaka.
Hantaran itu telah menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen turut mengecam Shuib atas gurauannya.
Bukan tu jer, ada juga segelintir netizen turut yang mempersoalkan para penonton yang tergelak dengan lawak tersebut.
Gurauan yang tak patut diketawakan

Mereka menganggap yang gurauan seperti itu tidak patut diketawakan kerana ia melibatkan hak pekerja yang serius.
Untuk info, kontroversi ini tercetus selepas syarikat milik Shuib, Bubblebee Sdn. Bhd. telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman ini dikenakan atas tujuh pertuduhan, termasuk kegagalan membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
#OhmediaNasihat
Isu ini menjadi peringatan penting buat semua, terutamanya majikan bagi memastikan hak pekerja dijaga dengan baik. Caruman seperti PERKESO bukan hanya wajib, tetapi juga melindungi pekerja dalam waktu sukar.
Sebagai masyarakat, kita juga perlu lebih peka dengan sensitiviti isu yang melibatkan kebajikan. Lawak mungkin menghibur, tetapi pastikan ia tidak menyentuh perkara yang boleh menyinggung pihak lain. Berjenaka itu seni, tetapi seni juga memerlukan empati.

Jap!

