Boleh Ganti “Exercise”, Ketahui Jumlah Kalori Yang Terbakar Ketika Lakukan Kerja Rumah

Health & Fitness
11 Oct 2022 • 11:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Boleh Ganti “Exercise”, Ketahui Jumlah Kalori Yang Terbakar Ketika Lakukan Kerja Rumah

Adakah anda tahu melakukan kerja rumah merupakan salah satu jenis aktiviti fizikal selain daripada senaman?

Ketika melakukan kerja rumah, tubuh badan kita sentiasa bergerak berpunca daripada kontraksi otot dan akan menyebabkan penggunaan tenaga secara berlebihan berbanding ketika kita beristirahat.

Memetik laporan Bahagian Pemakanan KKM, antara kebaikan yang kita dapat apabila melakukan kerja rumah ialah:

  • Membakar kalori
  • Meningkatkan kekuatan jantung
  • Memantapkan otot

Oleh itu, seseorang individu itu disarankan untuk menjadikan kerja rumah sebagai rutin harian sekurang-kurangnya selama 10 minit tanpa henti.

Membakar kalori bukan sahaja hanya dengan bersukan dan bersenam tetapi banyak lagi aktiviti lain yang dapat membantu seperti melakukan kerja rumah.

Setiap kerja rumah yang dilakukan, nilai kalori yang dibakar itu adalah berlainan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan jumlah kalori yang dibakar mengikut kerja rumah yang dilakukan, rujuk gambar di bawah.

image is not available
Gambar: Pemakanan KKM