Boleh Ganti Pasport Hilang Atau Rosak Akibat Banjir Secara Percuma – Jabatan Imigresen Malaysia

LocalPolitics
6 Dec 2024 • 2:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi laman Facebook, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.

Tulis JIM, mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.

image is not available

Hanya perlu membawa kad pengenalan, laporan polis (asal dan salinan) serta pasport asal, sekiranya ada ke pejabat JIM untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Kementerian Dalam Negeri menerusi JIM menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudah urusan mereka yang terkesan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Bertugas Siang & Malam, Anggota APM Keletihan Terjatuh Dalam Air Ketika Selamatkan Mangsa Banjir