Jabatan Imigresen Malaysia Menawarkan Gantian Pasport Percuma Kepada Mangsa Banjir

TechnologyDigital
6 Dec 2024 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan gantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir di seluruh Malaysia. Katanya, menerusi kenyataan di Facebook, mangsa banjir yang mengalami kerosakan atau kehilangan passport boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma.

image is not available

Pemilik perlu hadir ke mana-mana Pejabat Imigresen berhampiran untuk urusan penggantian pasport. Selain itu diperlukan pemilik untuk membawa bersama kad pengenalan, pasport asal (sekiranya ada) dan laporan polis (asal & salinan). Kemudian tiada bayaran akan dikenakan bagi penggantian dokumen yang rosak atau hilang. Ia bagaimanapun tertakluk kepada syarat utama sebagaimana yang ditetapkan oleh Pejabat Imigresen berhampiran, seperti pasport masih sah dan tidak kurang dari enam (6) bulan.

Banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku, susulan negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan.