“Boleh Je Buat Kalau Ibu Bapa Tak Culas Bayar Yuran PIBG” – Seperti Di ‘Shopping Mall’, Tandas SJKC Ini Buat Netizen Kagum

20 Mar 2024 • 9:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di platform X tular satu ciapan memaparkan beberapa foto tandas di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang membuat ramai berasa kagum.

Seakan-akan tandas di shopping mall

Dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik, tandas di sekolah tersebut sudah setaraf dengan tandas yang ada di pusat membeli-belah.

Dengan memilih design berunsur moden, tandas tersebut kelihatan sangat mewah dan bersih.

Difahamkan, tandas tersebut dapat dibina secantik itu kerana hasil daripada kutipan duit yuran PIBG sekolah terbabit.

Netizen kagum, buat perbandingan dengan SK & SMK

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan tandas sekolah itu dan yakin ia boleh dibina kerana ibu bapa pelajar sekolah berkenaan memberi kerjasama yang baik.

image is not available

image is not available

Bahkan, membuat perbandingan dengan ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang didakwa selalu culas membayar yuran PIBG ataupun duit yuran PIBG tidak digunakan dengan sebaik mungkin.

image is not available 5 days ago

"Ada 13 Kelas, Satu Kelas 50 Murid" - Terlalu Ramai Pelajar Darjah 1, Netizen Persoal Larat Atau Tidak Guru Nak Layan