“Lepas ni dia pergi mana pulak?” – Lewis Hamilton Datang Sekolah Di Keramat Kejutkan Peminat

Entertainment
15 Mar 2024 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat korang yang minat dengan sukan lumba kereta Formula 1 (F1), mesti korang kenal Lewis Hamilton yang merupakan juara dunia untuk sukan tersebut.

Kalau beberapa tahun lepas Lewis Hamilton datang ke Ampang, kali ini jaguh F1 itu pula berada di salah sebuah sekolah yang terletak di Keramat.

Lewis Hamilton buat apa tu?

Hantaran video yang dimuat naik oleh @FazreenIdham di X memaparkan Lewis sedang berdiri dalam perkarangan sebuah sekolah sambil beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, pihak media juga hadir untuk merakam momen itu.

Tapi, apa yang Lewis Hamilton buat dekat sekolah tu?

Pengguna X itu mengesahkan juara dunia tersebut hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) kerana sekolah tersebut mendapat tempat pertama bagi Petronas Chemical Group (PCG) peringkat Kebangsaan tahun 2023.

BETUL WEI HAMILTON DATANG KERAMAT!!!

Jadi, sekolah itu berpeluang menjalankan program PIBG jalinan bersama Petronas dan dihadiri oleh Lewis Hamilton.

Netizen teruja, nak minta autograf

Lewis Hamilton yang sebelum ini pernah terlibat dengan penggambaran iklan di stesen minyak Petronas, Ampang telah membuatkan ramai orang teruja. Hantaran yang tular di X itu juga membuatkan ramai netizen tertanya-tanya selepas ini juara dunia itu akan ke mana pula.

image is not available

Ada juga yang sempat berseloroh di ruangan balas dalam hantaran itu.

image is not available

Bagaimanapun, ada netizen lain memuji pihak sekolah yang menyambut baik jaguh F1 itu kerana memaparkan pencapaian terbesar sekolah di dinding bangunan.

image is not available

Weh randomnya datang sekolah dekat Keramat!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.