Boleh Ke NGO Ambil Komisen Dari Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

25 Jun 2024 • 7:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sekarang ni kan banyak isu pasal organisasi menyonglap duit dana dari kutipan derma. Persoalannya boleh atau haram?

Menurut laporan Kosmo, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menyatakan sekarang ni makin ramai yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan menyalahgunakan kutipan derma yang diterima dan perbuatan ini adalah haram.

Namun dia juga menjelaskan mengambil komisyen dibenarkan tapi tidak boleh lebih dari 2% hingga 4%.

Ini tidak, dapat derma RM100,000 untuk pondok, ambil untuk kita sahaja RM30,000.

30 peratus yang diambil itu bukan kos pengurusan dah, biar kita ikhlas untuk menolong. Biar kita guna duit sendiri dan duit sumbangan untuk perkhidmatan.

image is not available

UAI juga berkata jika tindakan itu dinormalisasi, kita akan lupa tujuan asal kutipan derma yang dilakukan.

Sementara itu, dia juga mengatakan ada juga yang sudah selesa menggunakan duit sumbangan sampai mampu menggajikan diri sendiri dan kakitangan.

Lama-lama jadi kaya macam tu ja (kaya hasil sumbangan orang ramai).

Allahu… Mungkin sebab itulah ramai ragu-ragu nak menderma. Semoga ilmu baru ini memberi manfaat kepada semua

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.