
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, setiap manusia mempunyai perangai dan kerenah mereka tersendiri. Ada yang ikhlas mendekati dan berbaik dengan kita, namun ada juga sebaliknya.
Kadangkala, ada segelintir individu yang memendam hasad dengki dalam diri mereka kerana sifat cemburu melampau terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, seseorang yang tidak suka melihat kejayaan insan lain.
Walhal individu itu telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya. Oleh disebabkan ini, pelbagai jenis kes khianat didengari berlaku di kalangan masyarakat.
Misalnya, ada yang melakukan perkara tersebut hanya untuk menjatuhkan bisnes orang lain. Kes lain sebelum ini adalah apabila ada individu disyaki selamba memecahkan cermin kereta beberapa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: “Kes Khianat Jadi Lagi” – Beberapa Cermin Kereta Pecah Di PPR Undang Perhatian
UAI Perjelas Maksud Sebenar Silaturahim Yang Ramai Tak Tahu
Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah telah menjawab pertanyaan mengenai hubungan di antara seseorang bersama individu lain yang pernah mengkhianatinya.
Soalan: Orang khianat dengan kita dan kita putuskan silaturahim. Boleh atau tidak?
Jawapan:
Menurut UAI, perlu difahami dahulu maksud sebenar silaturahim. Jelas beliau, silah adalah hubungan manakala rahim, perut. Hubungan perut ini pula bererti orang-orang yang datang atau lahir dari perut yang sama.
Dalam erti kata mudah, hubungan adik-beradik.
“Adik-beradik seibu sebapa, atau adik-beradik seibu. Itulah silaturahim. Tapi sekarang ni kita dah (anggap) lebih dari tu. Kita kawan dekat Facebook pun cakap silaturahim juga. Tak salah tetapi tak tepat,” ulas beliau.
Tambah UAI, hubungan dengan sepupu juga tidak menjadi satu masalah untuk dianggap sebagai silaturahim. Seperti yang dijelaskan, tidak salah tetapi tidak begitu tepat.
Setiap Umat Islam Adalah Bersaudara
Berbalik kepada konteks asal, boleh ke menjauhi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan individu yang pernah mengkhianati kita?
Jawapannya adalah boleh namun tidak perlu sampai memutuskan hubungan sebagai dua insan sesama Islam. Hal ini kerana umat Islam adalah bersaudara.
“Kita niat jauhkan diri supaya menolak mudarat daripada (pengkhianatan) dia kerana kaedah yang kita gunakan adalah kemudaratan haruslah kita jauhkan.
“Kalau kawan kita jahat sangat sampai boleh jatuh atau melakukan perkara yang jahat, maka kita jauhkan diri daripada dia. Bukan niat putus silaturahim. Niat menjaga diri kita daripada keburukan. Hukumnya dibolehkan,” kata UAI.
Perbuatan Khianat Mendatangkan Dosa
Menerusi carian kami, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu hantaran di laman Facebook pernah menjelaskan tentang perbuatan khianat ini.
Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27 secara tegas melarang perbuatan khianat sesama individu.
Menurut JAKIM, ayat tersebut menekankan larangan mengkhianati perintah dan larangan ditetapkan dalam Islam. Ini termasuk larangan mengkhianati amanah segala bentuk tanggungjawab atau kepercayaan yang diberikan kepada seseorang.
“Orang beriman harus sedar kesan dari perbuatan khianat yang menyebabkan dosa kerana memberi kesan negatif kepada diri dan masyarakat. Orang beriman yang menyedari telah melakukan dosa hendaklah segera bertaubat,” ujar JAKIM.
Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Cederakan 3 Individu & Lakukan Khianat, Norjuma Mengaku Tak Bersalah
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Adik-beradik Bermasam Muka Dalam Tempoh Masa Lama? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: Orang Lain Berhutang Orang Lain Kena, Lelaki Dakwa Rumah Terbakar Kerana Jadi Mangsa Khianat Ah Long [Video]
Source:

![Rider Selamba ‘Pancung’ Hingga Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Geram [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
