
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja sikap dan perangai pengguna jalan raya yang dikongsikan di media sosial.
Ada perangai baik yang patut dicontohi namun kebanyakannya banyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Lebih teruk, sikap lalai dan pentingkan diri mereka itu menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
Rider Selamba Pancung Masuk Lorong Kiri Tak Tengok Kiri Kanan
Semalam (2 Julai), tular di media sosial video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan tindakan seorang penghantar makanan yang menjadi punca kemalangan dua buah kereta.
Menerusi video tular, kelihatan penghantar makanan berkenaan yang berada di lorong kanan secara tiba-tiba terus menukar laluan dan masuk ke lorong paling kiri.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia menunggang motosikal terlalu laju dan terus masuk ke lorong paling kiri yang juga terdapat satu persimpangan.
Kereta Pemilik Video Sempat Elak Rider Namun Terlanggar Kereta Hadapan
Tindakan rider yang menunggang secara melulu itu menyebabkan kereta pemilik dashcam terpaksa mengelak dan membrek secara tiba-tiba.
Malangnya, kereta berkenaan hilang kawalan ketika mengelak hingga menyebabkan dia melanggar sebuah kereta Perodua Ativa berwarna putih di hadapan yang sedang masuk ke simpang tersebut.
Insiden itu menyebabkan bahagian belakang kereta Ativa berkenaan kemek dan mangsa terus berhenti di bahu jalan.
Lebih mencuri tumpuan, penghantar makanan yang menjadi punca kemalangan itu terjadi dilihat terus berlalu pergi dan meninggalkan lokasi kejadian.
Berdasarkan info pada rakaman dashcam berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada 1 Julai lalu kira-kira jam 2.47 petang namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Menyelit sana, menyelit sini, last2 susahkan orang lain😟😟 #dashcamvideo #malaysiamemes #dashcamvideos #dashcamera #dashcams #dashcam #dashcameracarcrash #dashcammalaysia #dashcameralessons #malaysia #malaysiareaction #malaysiasong #多少柔情多少泪 #malaysiaboleh #malaysian #malaysiaboleh #dashcamcarcrash #malaySiameme #malaysianupdate #malaysiamemestamil
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Geram Dengan Cara Penghantar Makanan Pandu Melulu Hingga Jadi Punca Kemalangan
Video yang mendapat lebih 309,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram apabila melihat cara pemanduan rider yang memandu secara melulu hingga menjadi punca kemalangan.
Malah, ada yang berpendapat pemilik dashcam tidak sepatutnya mengelak dan memandu seperti biasa.
Pun begitu, ada segelintir pengguna media sosial yang berpendapat kenderaan pemilik dashcam itu turut bersalah kerana memandu terlalu laju di lorong paling kiri.
Ini antara komen pengguna media sosial;
“Salah Kereta, Patut Jalan Terus Je, Kenapa Elak”

“Rugi Elak, Jangan Sesekali Elak Semasa Berlaku Macam Tu, Nanti Makin Teruk Boleh Pusing Kereta”

“Kiri Bukan Untuk Laju”

“Bila Tak Elak, Orang Kecam Kereta Macam-Macam Padahal Rider Ramai Bawa Motor Tak Ikut Undang-Undang”

“Banyak Rider Macam Tu, Nak Belok Suka Hati Lepas Tu Tak Puas Hati Kena Hon”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Rider ‘Play Victim’ Salahkan Individu Lain Atas Kecuaiannya Cetus Kemalangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Nonchalantnya Accident” – Dua Rider Berlanggar Di Simpang Jalan Kerana ‘Fokus Kelaut’ Raih Perhatian [Video]
Source:




![Aksi Pak Guard Campak Makanan Pelanggan Walau Hanya 2 Minit Ditinggal Rider Raih Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
