Boleh Ke Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk Untuk Bagi Tahan Lama? Ini Jawapannya [Video]

Health & Fitness
9 Jul 2026 • 6:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ramai yang memilih untuk menyimpan ubat-ubatan dalam peti sejuk kononnya untuk tahan lebih lama.

Namun pernahkah anda terfikir adakah ubat sebenarnya boleh disimpan dalam peti sejuk? Bagaimana pula dengan kualiti ubat tersebut apabila berlaku perubahan suhu?

Bukan Semua Jenis Ubat Sesuai Disimpan Dalam Peti Sejuk

Sebenarnya boleh namun tidak semua jenis ubat boleh disimpan dalam peti sejuk.

Perkara ini dijelaskan oleh Pegawai Farmasi, Sofhatun Nur Subhi dalam video yang dikongsikan semula di Facebook Kenali Ubat Anda Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini kerana suhu tempat penyimpanan ubat merupakan perkara yang perlu diberi perhatian.

“Simpan ubat seperti yang disarankan pada label ubat bagi memastikan kualiti ubat tidak terjejas,” katanya.

Wap Air Terbentuk Dalam Botol Ubat Boleh Sebabkan Pembentukan Bakteria Atau Wap

Jelas Sofhatun, ubat dalam bentuk cecair kebiasaannya dicampur dengan bahan pengawet yang dikenali sebagai Methylparaben dan Propylparaben yang berfungsi untuk mencegah pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut.

“Apabila ubat yang sudah terbuka disimpan dalam peti sejuk, suhu peti sejuk akan menyebabkan wap air terbentuk menerusi proses kondensasi.

“Wap air yang terbentuk tidak mempunyai bahan pengawet dan menyebabkan bakteria atau kulat boleh membiak, seterusnya merosakkan ubat berkenaan,” terangnya.

Bagaimana pula dengan ubat yang berbentuk pil?

Jelas Sofhatun, keadaan ini juga sama bagi ubat yang berbentuk pil.

Ini kerana jelasnya perbuatan menyimpan ubat berbentuk pil dalam peti sejuk boleh menyebabkan ia menjadi lembab, lembik dan hancur sekaligus mengubah bentuk asal ubat terbabit serta kurang berkesan.

Image from: Boleh Ke Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk Untuk Bagi Tahan Lama? Ini Jawapannya [Video]

Ubat Apa Yang Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk?

Menerusi video itu juga, Sofhatun turut berkongsi contoh ubat-ubatan yang perlu disimpan dalam peti sejuk antaranya:

  • Stok insulin yang belum digunakan
  • Sesetengah ubat titis mata
  • Suspensi antibiotik yang telah dibancuh

Manakala, ubat yang perlu disimpan pada suhu bilik pula adalah:

  • Tablet atau Kapsul
  • Ubat sirap
  • Ubat batuk

Cara Simpan Ubat Dengan Betul Dalam Peti Sejuk

Meskipun terdapat ubat yang boleh disimpan dalam peti sejuk namun terdapat cara penyimpanan yang betul dan perlu diikuti.

“Simpan ubat dalam bekas bertutup di bahagian tengah peti sejuk kerana suhunya lebih stabil.

“Jangan simpan di bahagian sejuk beku (freezer) yang boleh merosakkan ubat. Elakkan menyimpan ubat pada bahagian pintu peti sejuk kerana ubat akan terdedah pada suhu tidak sekata setiap kali pintu terbuka,” katanya.

Sekiranya ubat tidak disimpan dengan cara yang disarankan, keadaan itu boleh menyebabkan kualiti ubat terjejas dan pesakit berkemungkinan boleh mendapat kesan sampingan lain.

Image from: Boleh Ke Simpan Ubat Dalam Peti Sejuk Untuk Bagi Tahan Lama? Ini Jawapannya [Video]

Ubat Perlu Disimpan Ikut Suhu Bilik Kecuali Dinyatakan Perlu Simpan Pada Suhu Lebih Rendah

Jelas ahli farmasi itu lagi, ubat-ubatan secara umumnya perlu disimpan mengikut suhu bilik kecuali jika terdapat arahan yang menyatakan ia perlu disimpan pada suhu yang lebih rendah.

“Ramai yang masih kurang tahu, sebagai contoh, jika terdapat arahan pada bungkusan ‘store in refrigerator’, ia bermaksud ubat tersebut perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 8 darjah celsius, bukan pada bahagian sejuk beku.

“Manakala arahan ‘store at room temperature’, maksudnya simpan dalam suhu bilik antara 15 hingga 25 darjah celcius.

“Jika tanda arahan ‘keep cool’ pula, ubat perlu disimpan di tempat sejuk pada suhu 8 hingga 15 darjah celsius.

“Ingat, bukan semua ubat perlu disimpan dalam peti sejuk, jadi pengguna bijak,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Ubat Yang Diambil Sebelum & Selepas Makan? Ini Yang Patut Korang Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Kongsi Ubat Yang Boleh ‘Burukkan’ Keadaan Pesakit Gastrik & Gerd Jika Ambil Tanpa Dikawal

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Beri Ubat Baru Jika Anak Muntah? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved