
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan mahligai dibina kekal bahagia hingga akhir hayat.
Namun, tidak semua rumah tangga sentiasa bahagia seperti yang diimpikan. Ada pasang surutnya. Lebih teruk, ada isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Selain daripada sikap cemburu dan panas baran, antara alasan lain si suami menjadikan isteri sebagai ‘punching bag’ adalah kononnya untuk tujuan mendidik.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Setahun Berkahwin, Wanita Di Terengganu Maut Dipukul Suami Dengan Tukul
Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Syariah Luluskan Tuntutan Fasakh Jahidah Nordin, Wanita Yang Koma Akibat Dipukul Suami
Pernah tak tertanya, adakah Islam membenarkan seorang suami memukul isteri mereka lebih-lebih lagi jika tujuan untuk mendidik?
Islam Benar Suami Pukul Isteri Namun Bersyarat
Menurut pendakwah bebas Dr. Fathul Bari Mat Jahya, hukum memukul isteri dalam Islam adalah harus namun BERSYARAT.
“Islam membenarkan seorang suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mengajar, pukulan yang tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka,” katanya yang dipetik dari Astro Awani.
Pukul Isteri Boleh Jatuh Hukum Haram
Namun, ia boleh menjadi HARAM sekiranya pukulan itu menyebabkan aurat isteri terdedah.
“Memukul isteri sedemikian sehingga terdedah aurat isteri, hukumnya haram. Jelas sekali si suami terlalu mengikut emosi dan bersifat kebinatangan,” jelasnya lagi.
Malah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga turut memberi penjelasan sama jika seorang suami memukul isteri terutama di bahagian wajah.
Jelas mereka, haram hukumnya jika seorang suami memukul isteri walaupun berlaku perselisihan faham.
Pukulan Berbentuk Mendidik Adalah Senjata Terakhir
Namun, ia dibenarkan sekiranya suami bertujuan untuk mendidik dan hanya pukulan ringan yang tidak mengeluarkan darah serta tidak menimbulkan kebinasaan jiwa atau cacat pada tubuh badan, tulang dan sebagainya.
“Tujuannya mendidik, bukan pukulan keras hingga membuat isteri takut dan lari daripada suami,” jelas mereka.
Cara Didik Isteri Dalam Islam
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada langkah yang perlu dilakukan oleh seorang suami jika mahu menegur isteri yang nusyuz dan mengajar mereka.
“Suami hendaklah menasihati dan menegur isterinya jika nusyuz berlaku. Islam telah mengajarkan cara-cara bagi suami untuk menegur isteri yang nusyuz. Allah SWT berfirman:
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
“Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
“(Surah al-Nisa’: 34).
Ini bermaksud seorang suami perlu:
- Menasihati isteri dengan cara berhemah iaitu menggunakan tutur kata baik, kasih sayang dan berniat mahu isteri jadi lebih baik.
- Jika tidak berhasil, suami perlu mengasingkan tempat tidur dari isteri.
- Jika tidak jalan juga, langkah yang terakhir yang boleh dilakukan adalah dengan memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Alatan Pukulan Yang Dibenarkan Syarak
Memetik Jurnal Hadis yang diterbitkan oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), alat yang digunakan sebagai objek untuk memukul isteri yang terdapat dalam al-Quran menerusi Surah Saad ayat ke 44 adalah jerami atau rumput.
“Maksudnya: ‘Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu’. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)”.
“(Surah Saad:44).
Manakala dua lagi bahan lain yang dibenarkan adalah siwak yang tidak mendatangkan luka dan mematahkan tulang isteri serta tangan yang dibaluti kain.
Suami Pukul Isteri Boleh Dikenakan Hukuman Dibawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
Untuk info, jika seorang suami memukul isteri, dia boleh didakwa dibawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Berikut merupakan hukuman denda mengikut seksyen yang diperuntukkan:
Seksyen Kanun Keseksaan Kesalahan Hukuman 321 & 323 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan Penjara maksimum 1 tahun / denda RM2,000 atau kedua-duanya 324 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya Penjara maksimum 10 tahun / denda / sebatan / mana-mana dua daripada yang di atas 322 & 325 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah Penjara maksimum 7 tahun / denda 326 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya Penjara maksimum 20 tahun / denda / sebatan 326A Menyebabkan kecederaan kepada pasangan, bekas pasangan, kanak-kanak atau ahli keluarga yang lain Dua kali ganda tempoh maksimum pemenjaraan 507A Menghendap Penjara maksimum 3 tahun / denda / kedua-duanya
Info Berkaitan Kes Keganasan Rumah Tangga
Sekiranya anda merupakan salah seorang mangsa atau mahu melaporkan kes keganasan rumah tangga, anda boleh melaporkan kejadian di:
- Balai Polis berhampiran atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran
- Hubungi Talian Kasih 15999
- Rujuk ke hospital berhampiran sekiranya dicederakan
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes ini, anda boleh layari portal Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan:
Source:


![Video Gimik Suami Isteri Bergaduh Di Pasar Raya ST Rosyam Mart Tular Di Luar Negara [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

