Boleh Kurus Secara Sihat! Rupanya KKM Ada Program Khas Obesiti, MIMO

LocalHealth & Fitness
10 Nov 2026 • 4:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Niat untuk menjalani kehidupan yang sihat atau menguruskan badan adalah salah satu usaha yang bagus dan perlu dilakukan oleh setiap orang. Namun niat sahaja tidak cukup, perkara ini perlu dilakukan secara berterusan untuk melihat hasilnya.

Tak dinafikan proses menguruskan badan bukanlah perkara yang mudah, malah pelbagai inisiatif turut dilakukan oleh segelintir pihak seperti mengambil ubat atau suntikan yang sememangnya mahal.

KKM adakan program MIMO bantu orang ramai kuruskan badan, siap ada sokongan pakar

Namun anda mungkin tidak tahu yang sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menganjurkan program khas obesiti yang dikenali sebagai MIMO (Multidisciplinary Integrated Management of Obesity).

Program ini bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan berat badan yang ideal dan ia dijalankan di 33 klinik kesihatan di seluruh negara dengan sokongan pakar di 13 hospital.

Rawatan obesiti untuk mereka yang ada BMI 30 ke atas

Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan, Dr Izuddin Rahman program tersebut merupakan rawatan obesiti yang menggunakan satu ‘team’.

Katanya menurut apa yang dikongsikan di Dewan Rakyat pada 2 November lalu masalah obesiti merupakan penyakit kronik dan ia bukan sekadar isu.

Selain itu mereka yang mempunyai berat BMI melebihi 30 akan diberikan perhatian serta perlu mengikut garis panduan KKM.

Gabungkan pemakanan, aktiviti fizikal untuk peserta selain daripada makan ubat

Malah mereka yang berdepan masalah obesiti tidak boleh sekadar bergantung pada ubat sebalik mereka perlu mengabungkannya dengan:

  • Pemakanan
  • Aktiviti fizikal
  • Pembedahan untuk yang layak

Beliau memaklumkan program tersebut telah dijalankan di Klinik Kesihatan (KK) Buntong, Ipoh sejak Mei lagi.

Memetik laporan Berita Harian, inisiatif MIMO dilakukan di Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) di mana ia memberikan penekanan kepada pengurusan pesakit secara holistik yang melibatkan pelbagai disiplin kesihatan seperti:

  • Intervensi klinikal
  • Pemakanan
  • Aktiviti fizikal
  • Sokong perubahan tingkah laku

Perkara ini disebabkan obesiti merupakan antara faktor risiko utama untuk bermacam-macam masalah penyakit tidak berjangkit contohnya:

  • Diabetes
  • Hipertensi
  • Penyakit kardiovaskular
View on Threads

Senarai KK yang sediakan program MIMO

Berikut adalah senarai Klinik Kesihatan yang boleh dikunjungi bagi mana-mana individu yang ingin menyertai MIMO:

  • Kedah – KK Bandar Alor Setar (Kota Setar), KK Bandar Sungai Petani (Sungai Petani).
  • Pulau Pinang – KK Jalan Angsana (Timur Laut), KK Bandar Perda ( Sebarang Perai Tengah)
  • Selangor – KK Kelana Jaya (Petaling Jaya), KK Rawang (Gombak) KK Bandar Botanik (Klang), KK Bandar Seri Putra (Hulu Langat)
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya – KK Presint 18 (Putrajaya), KK Kuala Lumpur (Titiwangsa)
  • Melaka – KK Jasin (Jasin), KK Batu Berendam (Melaka Tengah), KK Masjid Tanah (Alor Gajah)
  • Pahang – KK Bandar Mentakab (Temerloh), KK Bandar Kuantan (Kuantan), KK Bandar Pekan (Pekan)
  • Terengganu – KK Seberang Takir (Kuala Nerus), KK Manir (Kuala Terengganu)
  • Kelantan – KK Pengkalan Chepa (Kota Bahru), KK Bandar Tumpat (Tumpat)
  • Sabah – KK Putatan (Putatan), KK Luyang (Kota Kinabalu), KK Penampang (Penampang
  • Sarawak – KK Kota Samarahan (Samarahan), KK Tudan (Miri), KK Petra Jaya (Kuching)
  • Johor – KK Sultan Ismail (Johor Bharu), KK Tampoi (Johor Bahru), KK Mengkibol (Kluang)
  • Perak – KK Buntong (Kinta)
  • Perlis – KK Arau (Arai)
  • Negeri Sembilan – KK Seremban 2 (Seremban)
  • Wilayah Persekutuan Labuan – KK Labuan
Image from: Boleh Kurus Secara Sihat! Rupanya KKM Ada Program Khas Obesiti, MIMO

Ramai berminat nak daftar & ada yang dah turun 11 kg

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan program terbabit begitu menarik dan juga sentiasa memberikan sokongan.

Bukan hanya itu, ada juga yang berminat untuk memulakan usaha yang baik dengan mendaftarkan diri mereka.

Selain itu, ada juga memaklumkan mereka merupakan salah seorang peserta MIMO. Tidak kurang ada yang berkongsi sudah turun sebanyak 11 kilogram selepas enam bulan menyertai program terbabit.

“Nak daftar lah”

Image from: Boleh Kurus Secara Sihat! Rupanya KKM Ada Program Khas Obesiti, MIMO

“KK Bandar Alor Setar ada program MIMO ni”

Image from: Boleh Kurus Secara Sihat! Rupanya KKM Ada Program Khas Obesiti, MIMO

“Program ini sangat best dan supportive sebenarnya”

Image from: Boleh Kurus Secara Sihat! Rupanya KKM Ada Program Khas Obesiti, MIMO
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved