Ubat kurus tiada kelulusan, 697 produk retatrutide dirampas

LocalHealth & Fitness
2 Nov 2026 • 3:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ubat kurus tiada kelulusan, 697 produk retatrutide dirampas

KUALA LUMPUR – Sebanyak 697 unit produk retatrutide bernilai RM341,000 dirampas Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi 12 serbuan yang dijalankan sepanjang 2025 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, retatrutide merupakan ubat dalam kumpulan GLP-1 yang masih belum dimasukkan dalam formulasi KKM.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi turut mengesan penjualan ubat seperti Ozempic dan semaglutide secara tidak sah sehingga membawa kepada beberapa tindakan serbuan dan rampasan.

“Bagi tempoh 2025 hingga September 2026, sebanyak tujuh serbuan berkaitan produk berkenaan dilaksanakan dengan rampasan 62 unit bernilai RM64,170.

“Antara langkah diambil termasuk pengesanan dan saringan penjualan ubat-ubatan serta penurunan iklan daripada platform e-dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai tindakan penguatkuasaan dan strategi KKM membendung penjualan ubat terkawal secara tidak sah menerusi platform dalam talian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di bawah Program Perkhidmatan Farmasi turut menjalankan pemantauan berterusan serta menyiasat aduan dan menyerbu pihak yang menjual ubat tidak berdaftar.

Katanya, KKM akan terus memperketat pemantauan terhadap penyalahgunaan platform e-dagang sebagai saluran penjualan ubat-ubatan secara tidak sah, khususnya produk seperti Ozempic, Mounjaro dan ubat berkaitan. – KOSMO! ONLINE

The post Ubat kurus tiada kelulusan, 697 produk retatrutide dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved