⁠”Boleh lawan Aina Abdul”- Cover Lagu Jangan Mati Rasa Itu, Lelaki Ini Buat Orang Ramai Terpegun

Entertainment
9 Mar 2024 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat muzik tanah air pastinya tidak asing dengan lagu-lagu nyanyian Aina Abdul. Lagu mendayu dengan vokal yang sangat hebat tu pastinya susah untuk penyanyi karaoke macam kita ni nak bawa. Memang layak pun Aina Abdul ni dapat Anugerah Vokal Terbaik pun.

Ada satu video yang menjadi bualan netizen berkenaan seorang lelaki yang cover lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul. Untuk seorang lelaki nak bawa mana-mana lagu Aina Abdul pun dah susah, ini apatah lagi lagu yang dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 baru-baru ni. Korang cuba dengar lelaki ini nyanyi dalam video @JanuarHaikal di bawah.

 

Boleh lawan Aina Abdul

Fuhhh… min tengok lelaki ni menyanyi dalam video ni sampai ternganga weh. Memang hebat betul vokal dia. Silap haribulan ni boleh duet dengan Aina Abdul. Sama-sama vokal power memang meletup lah lagunya nanti kan.

image is not availableItu lah kan. Sedap dengar dia nyanyi macam ni. Tak ramai penyanyi lelaki yang boleh tarik tinggi-tinggi sekarang ni. Hebat betul vokal dia.

image is not availableDengar teknik-teknik yang dia buat dalam video ni memang lain dari yang lain. Terletak elok dan sesuai pada tempatnya. Memang power!

image is not availableKalau jenis macam ni yang karok dekat majlis kawin orang, rasanya okay kot. Suara pun sedap, menyanyi pun tak bingit sangat.

image is not availableHahaha nampak sado juga lelaki dalam video ni. Mungkin lah dia buat latihan vokal dalam gym. Elok lah tu, badan pun sado, suara pun improve, dua dalam satu gitu.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.