“Boleh Mati Anak Saya!” – Pesakit Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Tampil Beri Penjelasan

27 Jun 2022 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shazwan Sazali yang merupakan seorang doktor telah mendedahkan situasi sebenar di sebuah hospital.

Menerusi hantaran tersebut, Shazwan telah menceritakan keadaan terkini di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Menurut Shazwan, sejak akhir-akhir ini mereka menerima lonjakan jumlah pesakit di hospital berkenaan sehingga pesakit terpaksa menunggu selama 12 jam untuk dirawat.

Ni kalau tunggu lama lagi boleh mati anak saya ni!

Jelasnya, hanya 5 orang staf yang dibenarkan menerima penempatan di hospital berkenaan bagi menjaga keseluruhan tingkat untuk 3 shift satu hari.

Tidak berpuas hati, dia turut bertanyakan kepada pakar perunding jabatan tentang mengapa hanya 5 orang staf yang ditempatkan di hospital berkenaan.

Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.

image is not available

Disebabkan kekurangan staf, waktu menunggu boleh mencecah 12 jam namun pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar batas kemampuan mereka.

Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya KKM Putrajaya tahu akan hakikat ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

Sadis! Remaja Pukul Ibu Sendiri Guna Batu Hingga Mati, Dipercayai Alami Gangguan Mental