
Kota Kinabalu: Lima tahun berlalu sejak lahirnya Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) yang pertama di negeri ini, kini sudah tiba masanya masyarakat menilai sejauh mana keberkesanannya dalam memperkasa adat dan budaya orang asal Sabah.
Namun, Presiden Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah (MAANS - Sunduan Nabalu) Shalmon Sanangan berkata, tempoh itu masih terlalu awal untuk menilai sepenuhnya pencapaian SAANS, tetapi tidak salah jika penilaian itu dimulakan dari sekarang.
“Apa yang saya tekankan di sini adalah sudah sampai masanya anak negeri Sabah sendiri, iaitu kita semua, menilai pencapaian tamadun Bangsa Sabah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita sediakan hala tuju dan panduan untuk merintis laluan yang betul demi anak-anak generasi masa hadapan,” katanya ketika melawat tapak sekolah adat di Sosogoh, Pensiangan, baru-baru ini.

