“Boleh nampak daripada skrin” – Netizen Syak Aliff Aziz Jadi Dalang Mesej Bella Tular?

Entertainment
3 Apr 2024 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan isu hangat berkenaan dengan spekulasi pelakon Bella Astillah yang dikatakan ada hubungan istimewa dengan aktor baharu Muaz Zabir, ada di kalangan netizen yang mula syak bahawa Aliff Aziz sendiri yang menjadi dalangnya.

Seperti yang kita sedia maklum, spekulasi mula timbul apabila tularnya foto perbualan Bella bersama aktor baharu itu menerusi TikTok. Jika diperhatikan, foto itu dirakam menerusi kamera lain, dan ia menampakkan bayang seorang lelaki menerusi skrin itu.

Lapor mStar, ada netizen syak imej di skrin itu seakan-akan Aliff yang sedang mengambil gambar tersebut. Jom kita tengok balik video ni.

“Sudah semestinya Aliff tu, boleh nampak daripada skrin telefon bimbit.”

@edisiumat

Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Walau bagaimanapun tiada siapa yang dapat mengesahkan perkara ini. Terdahulu, kecoh dakwaan kurang enak berkenaan dengan Bella dan Muaz kerana tersebarnya mesej perbualan mereka dengan kata-kata mesra.

Lebih hangat lagi, hubungan mereka dikatakan telah terjalin sejak Oktober tahun lalu bahkan tular swafoto mereka yang dikatakan begitu mesra.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.