Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa pengguna jalan raya tidak perlu bimbang dikenakan tindakan hanya kerana menggunakan pelindung matahari (sunshade) boleh tanggal pada tingkap kenderaan mereka.
Menurut beliau, penggunaan aksesori tersebut tidak akan menjadi sasaran penguatkuasaan selagi ia tidak mengganggu atau menghalang pandangan pemandu ketika berada di jalan raya.
AdvertisementView this post on Instagram
Penjelasan itu dibuat susulan kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini yang menyebut penggunaan window blinds boleh tanggal, langsir serta bidai pada tingkap kenderaan ketika bergerak boleh dianggap sebagai kesalahan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1991.
Penggunaan Penutup Tingkap Sememangnya Tertakluk Di Bawah Peraturan Sedia Ada
Di bawah Peraturan-Peraturan Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, penggunaan sunshade boleh tanggal, langsir atau apa-apa penutup pada tingkap kenderaan semasa ia sedang bergerak sememangnya dikategorikan sebagai satu kesalahan.
Bagaimanapun, Loke menjelaskan bahawa walaupun peraturan tersebut masih berkuat kuasa, pihak kementerian tidak mengarahkan sebarang tindakan penguatkuasaan secara aktif terhadap pengguna yang memasang pelindung matahari pada tingkap kenderaan mereka.
Tiada Arahan Penguatkuasaan Dikeluarkan
Beliau berkata tindakan hanya akan dipertimbangkan sekiranya penggunaan aksesori berkenaan memberi kesan kepada tahap penglihatan pemandu dan boleh mengundang risiko keselamatan.
“Kementerian tidak menguatkuasakan peraturan terhadap penggunaan pelindung matahari yang tidak menghalang penglihatan pemandu dan Kementerian Pengangkutan juga tidak pernah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.
“Ketua Pengarah JPJ juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan pelindung matahari,” katanya semalam (18 Jun).

Fokus Kepada Kesalahan Lebih Serius
Dalam pada itu, Anthony Loke berkata keutamaan penguatkuasaan ketika ini lebih tertumpu kepada kesalahan lalu lintas yang memberi risiko tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya.
Antara kesalahan yang menjadi fokus utama pihak berkuasa termasuk aktiviti lumba haram, mat rempit, memandu di bawah pengaruh alkohol serta pemanduan secara melulu yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pakai 'Sunshade' Pada Cermin Kereta Ketika Memandu Adalah Salah Di Malaysia, Anda Mungkin Disaman RM300
The post Boleh Pakai ‘Sunshade’ Selagi Tak Ganggu Penglihatan Pemandu – Anthony Loke first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





