Boleh Piknik, Camping Dan BBQ, Subee Homestay Di Bau Tawar Percutian Menarik Untuk Anda

2 Apr 2023 • 1:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Boleh Piknik, Camping Dan BBQ, Subee Homestay Di Bau Tawar Percutian Menarik Untuk Anda. Inginkan percutian tenang yang tidak jauh dari Bandaraya Kuching? Apakata anda singgah ke Subee Homestay yang terletak di Bau ini.

Menariknya di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik sambil healing daripada kesbiukan bandar.

image is not available
Boleh Piknik, Camping Dan BBQ, Subee Homestay Di Bau Tawar Percutian Menarik Untuk Anda. Sumber foto: FB Subee Homestay

image is not available
Sumber foto: FB Subee Homestay

image is not available
Sumber foto: FB Subee Homestay

Healing bersama alam semulajadi

Lokasinya yang strategik dekat dengan sungai serta hutan yang menghijau, Subee Homestay ini memamng sesuai buat anda yang ingin mencari percutian yang menenangkan bersama orang tersayang.

Selain menawarkan rumah penginapan Riverfront Cabin and Beach, Subee Homestay juga menawarkan c ampsite buat anda di luar sana yang ingin camping!

image is not available
Sumber foto: FB Subee Homestay

image is not available
Sumber foto: FB Subee Homestay

image is not available
Untuk tempahan anda boleh hubungi nombor ini. Sumber foto: FB Subee Homestay

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah, BBQ, bermandi manda disungai, kayak, camping, jungle trekking dan juga piknik.

Menyediakan kemudahan yang lengkap dan selesa, Subee Homestay ini juga berhampiran dengan beberapa lokasi tarikan pelancongan popular di Bau seperti Fairy Cave, Wind Cave dan juga Tasik Biru.

Jadi tunggu apa lagi, bawalah rakan-rakan, keluarga dan juga orang tersayang untuk bercuti di sini!

Lagi tempat percutian menarik untuk anda di sini: