Buffet Pizza Pertama Di Kuching, The Hash Cafe Tawar Harga Berpatutan Untuk Buka Puasa

2 Apr 2023 • 3:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buffetpizza pertama di Kuching di bulan Ramadan.

Buffet Pizza Pertama Di Kuching, The Hash Cafe Tawar Harga Berpatutan Untuk Buka Puasa. Salah satu cafe menarik di Kuching yang menawarkan pelbagai menu pizza lazat, The Hash Cafe pada bulan Ramadan tahun ini menyediakan hidangan buffet dengan harga berpatutan untuk anda!

Dengan harga serendah RM 39 untuk dewasa manakala RM 20 untuk kanak-kanak anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan menarik yang ditawarkan di sini.

image is not available
Buffet Pizza Pertama Di Kuching, The Hash Cafe Tawar Harga Berpatutan Untuk Buka Puasa. Kredit foto: FB The Hash Cafe

Menyediakan lebih dari 20 jenis hidangan yang menarik

Menyediakan lebih dari 20 jenis hidangan menarik, antara makanan yang anda boleh dapati di sini adalah, pelbagai jenis Pizza, Spaghetti, French Fries, Mushroom Soup, Salad, Pencuci Mulut, Buah-Buahan dan banyak lagi.

Harga berpatutan, makanan yang disediakan pula banyak dan juga sedap. Anda perlu bawa rakan, keluarga dan juga orang tersayang untuk berbuka puasa di sini.

image is not available
Kredit foto: FB The Hash Cafe

Nikmati makanan dalam cafe yang selesa

Suasana dalam cafe yang selesa, anda boleh menikmati makanan anda dengan santai dan juga tenang.

Terapat dua outlet di Kuching anda boleh singgah ke The Hash Cafe.Pizza di Emporium Complex atau Metrocity untuk menikmati menu Buffet berpatutan ini!

Lagi buffet menarik untuk bulan puasa buat anda di sini: