“Boleh saing China di Olimpik” – Macam ‘Jarum’ Jatuh, Aksi Atlet Terjun Sarawak Raih Perhatian Ramai

Entertainment
20 Aug 2024 • 1:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita semua maklum, ketika ini sedang berlangsung Sukan Malaysia atau SUKMA yang mana Sarawak menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini.

Beberapa acara sukan sudah pun dipertandingkan dan antaranya yang menjadi tumpuan sejak semalam adalah acara terjunan.

Seorang penerjun dari Sarawak ini telah menjadi bualan ramai susulan aksi terjunannya dalam acara 3 meter papan anjal lelaki yang menakjubkan sehingga meraih perhatian ramai di media sosial.

Dalam video tular itu, penerjun Elvis Priestly telah mempamerkan terjunan berkualiti dan hanya menghasilkan percikan air yang minimum. Umpama jarum yang jatuh dalam air!

Hasil persembahan yang diberikan, atlet berusia 18 tahun itu telah berjaya memenangi pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.

@lunaidohkayan

Tahniah Sarawak diver… sumber: YT Stadium SUKMA Sarawak 2024 #sukma2024 #3mpapananjal

♬ original sound – Lunai Doh Kayan – Lunai Doh Kayan

Memetik sumber Bernama, Elvis Priestly mengumpul mata tertinggi iaitu 415.15 mata selepas menyempurnakan enam terjunan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

“Saing saing China”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terpukau dan memuji aksi terjunan yang dipamerkan atlet Sarawak ini.

Bahkan, netizen turut berharap atlet ini terpilih dan menjadi calon penerjun di Olimpik Los Angeles (LA) 2028 kerana dilihat memberi persaingan hebat seperti penerjun China.

Selain aksinya yang menjadi bualan ramai, netizen juga tertarik dengan namanya yang serupa dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley.

image is not available image is not available

Semoga atlet-atlet hebat kita ini terpilih untuk mewakili sukan besar seperti Olimpik suatu hari nanti!

Sumber: TikTok, Bernama

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.