“Boleh Sangat!” – Netizen Sokong Che Ta Hamil Sekali Lagi

21 Sep 2022 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini memberi petunjuk seperti mahu menimang seorang lagi cahaya mata selepas 8 tahun melahirkan anak perempuannya, Aaisyah.

Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Che Ta bertanyakan pendapat warganet tentang keinginannya untuk hamil.

Keluarga kecil kami, tak tau lah mana tau tup tup Aaisyah ada adik ka, boleh ka hampa ghasaaaaa????

Perkara itu mendapat komen positif daripada warganet yang rata-ratanya menyokong kehendak Che Ta.

“Boleh sangat Che Ta! Kami suka,” ujar seorang netizen.

“Boleh jaaa…Che Ta kan muda bergetah lagi” kata seorang lagi warganet.

image is not available

Untuk info, Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada tahun 2013.

Selain itu kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 2 bulan lalu

"Jaga Tepi Kain Sendiri" - Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek