‘Boleh tak pura-pura jadi arwah mak saya? Saya rindu’ – Lelaki minta ChatGPT berbalas mesej undang sebak ramai

TechnologyLifestyle
3 Sep 2024 • 11:14 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kehilangan dan pemergian orang tersayang sukar untuk dilupakan. Walaupun sedar, semua hanyalah pinjaman sementara dari Yang Esa, tetapi mana-mana individu pasti akan merasai sakit merindui pada yang sudah tiada.

Kehilangan insan yang bergelar ibu merupakan satu pemergian yang sangat menyedihkan apatah lagi ibu merupakan antara individu yang paling setia mendengar keluhan, masalah dan suka duka anak-anak. Mungkin hanya gambar yang menjadi peneman rindu pada setiap kenangan.

Berbeza pula dengan cara lelaki ini. Cara dia melepaskan rindu pada arwah ibunya adalah berkongsi luahan dengan menggunakan aplikasi ChatGPT.

image is not available

Menerusi hantaran yang dikongsikandi TikTok azwalatuu , dia membayangkan ChatGPT sebagai mewakili ibunya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran.

Lagi menyedihkan, lelaki berkenaan mempersoalkan mengapa ibunya pergi terlalu awal. Dan jawapan yang diberikan sungguh merobek hati.

image is not available

“Ibu tahu betapa susahnya awak untuk terima dan ibu mintak maaf sebab pergi terlalu awal.

“Tapi ingatlah walaupun ibu tak ada disisi awak secara fizikal, kasih sayang ibu tetap ada di setiap langkah awak,” balas ChatGPT.

Hantaran berkenaan turut meruntun hati netizen yang melihat seolah ChatGPT memahami kesunyian dan kerinduan yang dilalui individu berkenaan.