“Boleh Tapau Pasukan Lelaki Ni”- Kotex Elimin8tor Intai Peluang Bersaing Di Peringkat Kelayakkan MPLMYS13

Entertainment
10 Dec 2023 • 5:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang masih meratapi kekecewaan pasukan Malaysia di M5 baru-baru ini. Namun semuanya sudah tertulis dan banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pasukan Malaysia yang bertanding diperingkat antarabangsa.

Tidak lama lagi, peringkat Kelayakan Musim Liga MPLMYS13 bakal membuka tirai selepas selesainya kejohanan dunia.

image is not available

Paling mencuri perhatian apabila satu pasukan wanita bakal menyertai peringkat kelayakan itu.

Pasukan wanita tersebut, turut dikenali dengan nama Kotex Elimin8tors dibarisi pemain-pemain berpengalaman dalam arena kompetitif MLBB Wanita iaitu Beyya, Fafau, Ecstatic, Rina, Pika dan Intan.

Kebanyakkan pemain wanita ini mempunyai pengalaman dalam pertanding wanita Mlbb dan mereka ingin mengubah persepsi sesetengah pihak tentang hala tujuan pemain wanita.

Menjadi kejutan juga, Amoux turut dilantik menjadi jurulatih Kotex Elimin8tors!

Kotex Elimin8tors bakal bersaing untuk kelayakan MPL Malaysia Musim Ke-13 nanti.

Adakah pasukan ini bakal memberikan persaingan yang sengit bagi pasukan lelaki? Sama-sama kita saksikan nanti.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article