Boleh tengok TikTok di skrin yang lagi besar dengan TikTok TV, kini ada di Malaysia

Digital
21 Feb 2023 • 6:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

TikTok telah mengumumkan aplikasi TikTok TV kini dibawa ke Malaysia, membolehkan ia dimuat turun oleh pengguna. Ini akan mempelbagaikan cara penggunaan aplikasi tersebut, serta membenarkan ia di tonton beramai-ramai, menggunakan TV sedia ada di ruang tamu.

Aplikasi TikTok TV boleh dimuat turun dan digunakan di TV Pintar Samsung, dan peranti yang menggunakan sistem operasi Google TV dan Android TV. Bagi pengguna TV Pintar LG, jangan risau kerana ia akan hadir tidak lama lagi.

image is not available

Walaupun TikTok TV dihasilkan untuk TV, ia masih memaparkan format menegak sama seperti di peranti mudah alih. Terdapat juga halaman 'For You' dan 'Following' yang mempamerkan kandungan mengikut algoritma bagi kandungan yang paling banyak disukai dan di tonton oleh pengguna.

Tambahan pula, pengguna juga tidak semestinya perlu membuat akaun baru. Pengguna boleh log masuk sahaja aplikasi TikTok TV menggunakan akaun TikTok sedia ada untuk pengalaman yang lebih peribadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh lihat kenyataan rasmi TikTok di sini.