TikTok TV Kini Tersedia Untuk Pengguna Di Malaysia

TechnologyDigital
21 Feb 2023 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TikTok sedia popular digunakan pada telefon pintar, membolehkan para pengguna untuk menatal ke atas untuk melihat pelbagai kandungan dengan mudah. Kini, selain pada telefon pintar, TikTok turut mengumumkan mereka kini menyediakan TikTok TV untuk pengguna di Malaysia.

image is not available

Aplikasi TikTok TV ini tersedia untuk televisyen yang dikuasakan oleh Google TV dan juga Android TV, termasuk Samsung TV. Sokongan untuk LG Smart TV bakal hadir dalam beberapa minggu lagi.

TikTok menyatakan dengan penawaran ini, pengguna boleh terus menikmati kandungan menarik dari TikTok terus pada kaca televisyen.

image is not available

Bagi anda yang menggunakan televisyen pintar berkenaan, boleh menyemak penawaran TikTok TV hari ini pada televisyen masing-masing.