Bolehkah suami memandikan jenazah isteri? Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

Family & Parenting
15 Dec 2022 • 4:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PEMERGIAN isteri atau suami tentunya mengundang duka. Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita.

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.

Sebagai tugas terakhir, ramai menyimpan hasrat untuk mengurus jenazah pasangan termasuk lelaki yang bergelar suami kepada isteri termasuk memandikan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkongsi lanjut persoalan tentang hukum seorang suami memandikan jenazah isterinya.

image is not available

SOALAN

Boleh atau tidak jika suami hendak memandikan jenazah isterinya.

JAWAPAN

Paling afdal ialah jenazah perempuan dimandikan oleh perempuan dan harus bagi suami memandikan jenazah isterinya atau sebaliknya.

Dalam hadis Aisyah RA Nabi Muhammad bersabda ertinya: “Jika kamu mati sebelum aku maka aku akan uruskan jenazahmu iaitu memandikan dan aku kafankan kamu dan aku solatkan ke atasmu dan aku tanam akan kamu.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasaie)

Berkata Syeikh Nawawi al-Bantan As-Syafie “Dan harus bagi lelaki memandikan jenazah isterinya dan hamba perempuannya walaupun perempuan kitabiyah dan harus bagi perempuan memandikan jenazah suaminya.” (Kitab Nihayah Zain).

image is not available
Kredit foto utama: Freepik

INFO WANITA MEMANDIKAN JENAZAH KETIKA HAID

Adakah wanita boleh memandikan jenazah ketika dalam tempoh haid? Berikut perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah:

1-Tiada larangan bagi wanita dalam keadaan junub mahupun sedang haid untuk memandikan jenazah.

2-Paling penting, sebagai seorang yang ditugaskan untuk memandikan jenazah mereka perlu amanah tanpa menyebarkan aib si mati sekiranya melihat perkara-perkara yang buruk kerana haram menyebut perkara yang buruk berkaitan si mati.

Semoga info yang dikongsikan Ustaz Azhar ini merungkai persoalan anda berkenaan memandikan jenazah pasangan.

Kredit foto utama: Stockvault

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.