Bolt merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang berpusat di Eropah, dan telah mengacah kemasukkan ke pasaran Malaysia tidak lama sebelum ini. Selepas mencari pemandu dibawah platform mereka sebelum ini, kini Bolt mengacah pelancarannya secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Melalui aplikasi Bolt, ia kini memaparkan mesej akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Selain melalui aplikasi Bolt sendiri, pemerhatian Lowyat turut mendapati yang mana pihak APAD telah mengesahkan Bolt untuk beroperasi di Malaysia – bersama-sama sejumlah perkhidmatan lain seperti Maxim dan Grab.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk Bolt di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan persaingan sihat yang diberikan oleh Bolt, sekaligus menguntungkan para pengguna tempatan untuk bergerak dari satu lokasi ke yang lain.

