
Sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dalam satu insiden letupan di sebuah masjid berhampiran ibu pejabat polis di wilayah Peshawar, Pakistan pada tengah hari Isnin, lapor AFP via NDTV.
Jurucakap hospital utama di Peshawar, Muhammad Asim Khan berkata jumlah korban meningkat kepada 89 apabila lebih banyak mayat tiba dari tempat kejadian, manakala 150 lagi disahkan cedera (setakat dilaporkan).
Sementara itu Ketua Polis Pakistan Muhammad Ijaz Khan memberitahu AFP lebih 90 peratus mangsa adalah anggota polis.
Difahamkan pada awalnya antara 300 dan 400 daripadanya berkumpul di perkarangan masjid untuk menunaikan ibadah solat.
Namun difahamkan, kejadian letupan berlaku semasa para jemaah mendirikan solat Zuhur di masjid tersebut yang terletak tidak jauh dari sempadan Pakistan.
Semalam, sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemui ketika pasukan penyelamat menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di sebalik runtuhan dinding masjid yang musnah.
“Saya kekal terperangkap di bawah runtuhan dengan mayat di atas saya selama tujuh jam. Saya telah kehilangan semua harapan untuk hidup,” kata Wajahat Ali, seorang konstabel polis pada Selasa.
Sumber: AFP via NDTV
The post Bom Meletup Ketika Jemaah Beribadah, Angka Korban Cecah 89 Orang appeared first on Siakap Keli.
