Bom perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan

20 May 2025 • 9:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GEORGE TOWN, 20 MEI: Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif ditemukan di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada 9.42 malam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut. Hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.

“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rozak berkata pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian selamat dan bom tersebut akan dilupuskan hari ini.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved