Bom Perang Dunia Kedua disyaki masih aktif ditemui di Tanjung Tokong

20 May 2025 • 8:50 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

GEORGE TOWN - Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) yang disyaki masih aktif dijumpai di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada jam 9.42 malam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut," kata Abdul Rozak, lapor Bernama.

Abdul Rozak dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.

Tambahnya, pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian adalah selamat dan bom tersebut dijadual untuk dilupuskan hari ini.

“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya. - 20 Mei, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved