Bom Perang Dunia Kedua selamat diletupkan

27 Aug 2025 • 1:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Sebutir bom tinggalan era Perang Dunia Kedua (WWII) dimusnahkan dengan selamat oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) berhampiran Sungai Segama, di sini, pada Selasa, susulan penemuannya oleh seorang nelayan tempatan.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail, berkata operasi itu dilaksanakan pada jam 11.33 pagi menggunakan kaedah letupan rendah, dengan bantuan sistem elektrik dan bahan letupan khas.

Usaha pelupusan bom berkenaan melibatkan Pasukan Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu serta beberapa unit sokongan lain.

“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahan Letupan Tidak Meletup (UXO) seberat lebih 200 kilogram dan berukuran kira-kira 30 sentimeter panjang itu ditemui Ahad lalu oleh seorang lelaki berusia 52 tahun ketika memancing di tebing Sungai Segama. Pihak berkuasa kemudian mengesahkan ia merupakan tinggalan Perang Dunia Kedua.