Bom Tangan Ditemukan Di Tapak Pengurusan Sisa Pepejal

12 Sep 2023 • 9:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

BUKIT MERTAJAM, 12 Sept (Bernama) — Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

“Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan terbabit.

Sumber: BERNAMA