
Terlupa Baling Bom, Empat Perompak Maut Kereta Dinaiki Meletup
QUITO — Empat daripada enam perompak dilaporkan maut selepas cubaan melarikan diri gagal apabila kenderaan yang dinaiki mereka meletup akibat bom tangan, lapor portal Euro.
Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di bandar La Concordia, Ecuador baru-baru ini.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian dipercayai berpunca apabila salah seorang dari mereka terlupa untuk membaling bom tangan yang telah diaktifkan.
Berikutan itu, kereta yang dinaiki oleh kumpulan perompak terbabit meletup. Letupan itu mengakibatkan empat daripada enam penjenayah itu maut di tempat kejadian. Manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.
Rompak Rumah
Sementara itu, dalam rakaman lain memaparkan kumpulan terbabit melarikan diri dengan membawa barangan yang dirompak dari salah sebuah kediaman di bandar tersebut.
“Letakkan ia ke dalamnya,” kata salah seorang suspek.
Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah berhampiran memaparkan kesemua mereka cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, kereta tersebut meletup ketika bergerak beberapa meter dari kediaman yang dirompak.
Sementara itu, dalam laporan Daily Mail memaklumkan, salah seorang perompak terbabit melepaskan tembakan sebelum melarikan diri. Namun, sekitar 12 saat kemudian, kereta yang dinaiki mereka dilaporkan meletup.
Seorang pegawai polis tempatan, Gustavo Jávita berkata pihaknya bagaimanapun menafikan kes tersebut susulan tiada kecederaan dilaporkan.
Tambahnya, hasil pemeriksaan di pusat perubatan berdekatan di wilayah Santo Domingo juga mendapati tiada laporan mengenai mangsa tercedera.
Selain itu, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan harta benda daripada orang awam.
Difahamkan, letupan bom tangan itu merupakan rentetan kes keganasan terbaharu yang dipercayai berkaitan kartel Mexico.
Tragedy in La Concordia, Ecuador : A 6-member gang with past disputes opened fire at a house, then fled. One forgot a hand grenade in the yard, causing an explosion. 4 dead, 2 critical. #EcuadorIncident #BreakingNewspic.twitter.com/hTtIw3XowQ
— Daily Trends (@XDailyTrends) September 5, 2023
Video tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam dan menarik perhatian ramai.
Sumber: Euro, Daily Mail UK
The post Terlupa Baling Bom, Empat Perompak Maut Kereta Dinaiki Meletup appeared first on Siakap Keli.

