Bomba Akan Mengeluarkan Garis Panduan Pemasangan Panel Solar Di Rumah

TechnologyDigital
21 Mar 2024 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini berkongsi kelak akan mengeluarkan garis panduan khusus dalam pemasangan panel solar di bangunan, rumah dan premis perniagaan di seluruh negara. Garis panduan ini juga akan turut melibatkan beberapa pihak lain, termasuk Suruhanjaya Tenaga dan juga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

image is not available

Garis panduan berkenaan dijangka akan menyertakan sejumlah informasi, termasuk berkaitan jarak antara panel, saiz yang sesuai, kelompokan panel, dan pelbagai perkara melibatkan teknikal untuk pemasangan panel solar di rumah atau mana-mana premis.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui berkenaan bilakah garis panduan ini akan dikeluarkan.


Perkongsian pihak bomba ini hadir lanjutan daripada kebakaran di Mydin Manjoi baru-baru ini, dimana pasukan bomba tidak boleh lakukan tebukan manual pada bumbung disebabkan oleh panel solar yang bercantum untuk tujuan pengudaraan. Disebabkan itu juga, ia menjadikan sukar untuk kesan api.