Bomba bantu angkat lelaki obesiti pengsan di rumah

6 Feb 2024 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kementerian Kesihatan terpaksa mendapatkan bantuan bomba mengangkat seorang lelaki obesiti seberat 160 kilogram (kg) yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai mengalami sesak nafas di Kampung Kota di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 pagi itu, mangsa lelaki berusia 37 tahun terbabit dibawa keluar dari rumahnya untuk dihantar ke hospital Tuaran bagi menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.58 pagi dari pihak KKM untuk mendapatkan bantuan mengangkat mangsa.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) oleh pegawai perubatan KKM.

“Pasukan bomba seterusnya membantu mengangkat mangsa menggunakan stretcher untuk dibawa menaiki ambulan ke hospital berhampiran,” katanya dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan lokasi bagi mengenal pasti punca atau mencegah bahaya lain.

“Operasti ditamatkan pada jam 6.30 pagi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.