Kedai Emas KipMall Kota Warisan dirompak 3 lelaki berhelmet

6 Feb 2024 • 10:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah kedai emas di pusat beli belah di Kota Warisan, dilaporkan baru sahaja dirompak oleh tiga lelaki yang dipercayai menggunakan senjata.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 malam Selasa, 6 Februari 2024, tiga suspek terbabit dilihat memakai helmet, sarung tangan dan membawa beg menyerbu premis berkenaan.

Salah seorang suspek, memanjat masuk ke bahagian dalam kaunter dan membuka rak pameran. Sementara rakannya menunggu di depan untuk mendapatkan barangan kemas tersebut. Manakala seorang lagi suspek berada di luar premis untuk meninjau keadaan di luar.

Selepas selesai mengambil barang kemas dari rak pameran, ketiga-tiga suspek terus beredar meninggalkan lokasi dengan menunggang motosikal.

Ekoran kejadian, beberapa premis segera menutup perniagaan kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing.

Sumber: Facebook