
KENINGAU: Balai Bomba dan Penyelamat Keningau membantu membuka sebuah kereta terkunci di Lot Parkir Pejabat Daerah, Bahagian Urusetia pada Jumaat lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata panggilan diterima pada jam 11.33 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi pasukan mendapati sebuah Proton Saga terkunci dari dalam.
“Anggota bomba kemudian bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Menurutnya tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.
Operasi ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat.



