Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

12 Jan 2026 • 10:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci

IPOH, 12 Jan (Bernama) — Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Tanjung Seberang Kati, Kampung Cheh Hilir dekat Kuala Kangsar, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.44 malam bagi meminta bantuan membuka pintu rumah berkenaan sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setelah pintu berjaya dibuka, terdapat seorang mangsa, iaitu wanita berusia lingkungan 55 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.35 malam.

Sumber: BERNAMA

The post Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved