Bomba Bantu Pindah 48 Mangsa Terjejas Banjir Kilat Di Tawau

25 Jul 2026 • 11:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bomba Bantu Pindah 48 Mangsa Terjejas Banjir Kilat Di Tawau

Bomba Bantu Pindah 48 Mangsa Terjejas Banjir Kilat Di Tawau

TAWAU, 25 Julai (Bernama) -- Sebanyak 48 penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini, dipindahkan dengan bantuan pasukan bomba ke masjid berhampiran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata sepasukan anggota bertugas tiba di lokasi pada 3.16 pagi untuk memindahkan mangsa termasuk 18 kanak-kanak ke masjid yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.

“Operasi ditamatkan pada 7.30 pagi, operasi pemantauan dan pemindahan dijalankan dengan paras air dilaporkan semakin surut dan keadaan terkawal,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jemishin berkata pihaknya turut menerima beberapa panggilan kecemasan berkaitan banjir antara lain melibatkan kawasan Taman Ria 1, Taman Hot Spring dan Perumahan Taman SunShu.

Baca juga:

Katanya pasukan bomba akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi bantuan segera.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau Mohd Shoffian Mohd Said dalam satu kenyataan berasingan mengisytiharkan berlaku bencana banjir di kawasan itu.

Beliau berkata pengiystiharan itu berkuat kuasa pada 8.30 pagi berdasarkan laporan dan maklumat diterima daripada agensi dalam JPBD di lapangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved