![Image from: [VIDEO] ‘Banjir sekali pun, majlis tetap jalan’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-25-at-19.58.24-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Sebuah majlis perkahwinan di Tawau mencuri perhatian apabila ia tetap berlangsung walaupun kawasan sekitarnya dilanda banjir.
Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @mmfmaxglyn di Threads, dia berkongsi rakaman suasana majlis itu kehadiran tetamu yang menikmati hidangan seperti biasa meskipun mengharungi air.
“Orang Tawau mana pernah serius, mana-mana lah abang janji selamat. Banyak betul POV (perspektif) banjir di Tawau,” katanya dalam hantaran itu.
Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial terhibur melihat semangat penduduk Tawau yang tetap menghadiri majlis walaupun berdepan situasi banjir.
“Janji makan dulu baru kita pulang,” komen Nora.
“Orang jemput wajib datang walaupun banjir,” komen Nur Yin.
“Banjir datang sekali pun, majlis tetap jalan,” tulis seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Banjir sekali pun, majlis tetap jalan’ appeared first on Kosmo Digital.




