Bomba Keluarkan Remaja 16 Tahun Tersangkut Dalam Buaian Kanak-kanak

Entertainment
10 Jun 2023 • 3:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sering beriadah di taman, mesti korang tahu di taman permainan memang ada buaian khas untuk kanak-kanak supaya mereka tidak terjatuh ketika buaian diayunkan.

Saiz buaian kanak-kanak tu kecil sahaja sebab ia direka untuk kanak-kanak, jadi orang dewasa memang tak boleh masuk ke dalam buaian tersebut.

Namun, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ini pula berdepan detik cemas apabila dia tersangkut dalam buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan sehingga terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk keluar dari buaian besi berkenaan.

image is not available

Menurut Astro AWANI, sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian setelah pihak mereka menerima panggilan sekitar jam 8.55 pagi.

Kejadian tersebut berlaku di taman permainan kanak-kanak belakang Pasar Bidor, Tapah pagi tadi.

Buaian besi kanak-kanak itu telah terpaksa dipotong untuk mengeluarkan remaja tersebut.

Dalam masa lima minit, remaja berkenaan selamat dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

 

image is not available

Kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersimpati dengan remaja perempuan itu namun dalam masa yang sama, ada juga yang terhibur dengan tindakan remaja itu sebab umum mengetahui, buaian itu bukan untuk kegunaan orang dewasa memandangkan saiznya kecil.

image is not available

Nak masuk mungkin tiada masalah, tapi bila nak keluar besar kemungkinan untuk anda tersangkut di dalamnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.