
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
15 Minit Ambil Masa Keluarkan
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.14 pagi ketika pihak hospital cuba mengeluarkan cincin dari alat sulit lelaki berusia 37 tahun.
"Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin yang tersangkut pada alat sulit menggunakan peralatan khas berikutan ia agak tebal," katanya ketika dihubungi malam Ahad.
Menurutnya, operasi mengambil masa 15 minit susulan berdepan sedikit kesukaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami Dewi Perssik Tunjuk ‘Anu’ Pada Lelaki, Paksa Buka Seluar
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”
Sumber: Harian Metro



