Bomba pujuk warga emas atas bumbung rumah

26 May 2025 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga emas dikatakan mengalami masalah gangguan mental cuba terjun dari bumbung rumah dalam kejadian di Pantai Remis pada Isnin.

MANJUNG - Seorang warga emas diselamatkan daripada cubaan terjun dari bumbung rumah kediamannya di Pantai Remis di sini awal pagi pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis pada jam 3.30 pagi melibatkan mangsa berusia lingkungan 60-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal diterima memberitahu, lelaki terbabit cuba terjun dari bumbung rumah.

"Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati mangsa masih berada di atas bumbung rumah dan sedang dipujuk untuk turun.

"Mangsa juga dikatakan mengalami masalah gangguan mental," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, ketua operasi melaksanakan penilaian situasi dan mengarahkan anggota membantu memujuk sehingga mangsa turun dengan selamat.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya jam 3.55 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved